Urus data tempahan produk anda secara sistematik di antara HQ, STOKIS dan AGEN!
Simpan data pelanggan, cetak slip poslaju, scan dan SMS tracking no. kepada pelanggan, jejak status item pelanggan,
buat follow-up dengan pelanggan lama dan prospek dengan SMS-BLAST,
terima tempahan dari agen-agen, atau follow stokis lain, dan macam-macam lagi.. semuanya dari aplikasi mobile BIZAPP ini sahaja!
0 PENGGUNA |
0 TEMPAHAN |
0 PRODUK |
Data-data pelanggan seperti nama, alamat, no H/P, tarikh belian, produk yang dibeli, bukti pembayaran dan sebagainya harus disimpan dengan sistematik agar dapat digunakan semula atau dibuat rujukan. Data-data ini yang datang dari pelbagai sumber seperti WHATSAPP, email, SMS. FB dan sebagainya, jika tidak diuruskan dengan betul akan merugikan anda. Gunakanlah BIZAPP untuk sistem yang penyimpanan data yang lebih sistematik.
Anda tidak perlu lagi menulis dengan tangan nama dan alamat pelanggan di slip poslaju. Kemudahan mencetak terus dari H/P dan WEB BROWSER akan menjadikan kerja anda lebih mudah.
Sebaik sahaja anda pos item pelanggan, anda cuma gunakan fungsi kamera pada H/P anda untuk mengimbas QRCODE atau BARCODE pada slip poslaju, dan secara otomatik sistem akan menghantar SMS tracking no. tersebut terus kepada pelanggan. Pelanggan akan mendapat SMS dari SMS Gateway 5 digit angka (contohnya 63600). Cool bukan?
Jika anda seorang stokis atau tuan empunya produk, dan anda mempunyai agen-agen dropship, anda boleh minta agen-agen anda menggunakan aplikasi ini dan follow anda. Semua produk yang anda masukkan ke dalam sistem
akan dipaparkan kepada agen-agen anda bagi membolehkan mereka membuat tempahan untuk pelanggan-pelanggan mereka.
Jika anda seorang agen atau agen dropship, anda boleh gunakan untuk menyimpan data jualan peribadi anda atau anda boleh dapatkan ID stokis anda dan follow beliau.
Semua produk-produk beliau akan anda nampak dan anda boleh membuat tempahan bagi pihak pelanggan anda terus kepada stokis berkenaan.
Semua data pelanggan anda akan selamat tersimpan di dalam sistem. Anda boleh gunakan untuk BLAST SMS dengan mesej anda sendiri bagi tujuan follow up,
pengumuman, promosi dan sebagainya. Semuanya semudah 1-2-3 sahaja.
Anda juga boleh menggunakan fungsi OPEN-BLAST ke nombor-nombor H/P prospek anda walaupun mereka belum pernah menjadi pelanggan anda. Semua SMS akan mereka terima dari
SMS Gateway 5 digit angka (contohnya 63600).
Semua aktiviti seperti penerimaan tempahan dari agen, kemasukan produk baru oleh stokis, penghapusan produk dari senarai produk oleh stokis, kemaskini tracking no. oleh stokis, kemasukan follower (agen) baru dan sebagainya akan dimaklumkan kepada anda melalui PUSH NOTIFICATION dan EMEL secara real-time dan otomatik.
Aplikasi ini telah diintegrasikan dengan phonebook H/P anda bagi memudahkan anda menyimpan terus contact pelanggan ke dalam phonebook anda mengikut format yang seragam. Aplikasi ini juga telah diintegrasikan dengan sistem SMS, Whatsapp, QRCODE / BARCODE scanner untuk mengimbas tracking no. di slip poslaju, juga telah dihubungkan dengan sistem tracking POSLAJU untuk mendapatkan status terkini item pelanggan anda.
Topup kredit SMS anda melalui FPX Payment Gateway dari aplikasi BIZAPP. FPX memudahkan anda membuat bayaran dari bank-bank tempatan Malaysia seperti M2U, CIMBClick dan sebagainya dengan lebih selamat.
Data pelanggan anda, hak anda. Anda boleh muat turun data pelanggan anda dalam format MS EXCEL secara self-service.
BIZAPP boleh di akses melalui aplikasi ANDROID, IOS dan WEB BROWSER.
Ada banyak lagi fungsi-fungsi lain yang ada di dalam BIZAPP. Auto-follow-Up After Sales, Program Affiliate, Video Chat dan lain-lain. Fungsi terbaru sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
PAKEJ-PAKEJ BIZAPP
APA KATA PENGGUNA BIZAPP
VIDEO-VIDEO CARA MENGGUNAKAN BIZAPP
Cara-Cara Memasukkan Info Produk
Cara-Cara Follow Stokis
Cara-Cara Mencetak Slip Poslaju Dari BIZAPP Mobile
Cara-Cara Log Masuk BIZAPP WEB
BIZAPP Video Chat